Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi hadir ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran Federation of Chinese Associations (FCA) bahagian Miri. Foto TVS.

TYT serta isteri serikan Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina di Miri

BySalasiah Safian

MIRI, 9 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi hadir ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran Federation of Chinese Associations (FCA) bahagian Miri, pada Jumaat.

Kehadiran Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dan isteri disambut dengan tarian singa yang merupakan tradisi masyarakat Cina.

Tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan 24 gendang festival oleh SMK Chung Hua Miri, persembahan Orkestra Cina oleh Riam Road Secondary School dan beberapa lagi persembahan tarian tradisional pelbagai kaum.

Di majlis itu juga, semua tetamu yang hadir berpeluang untuk menggaul ‘Yee Sang’ yang melambangkan kemewahan, kemakmuran, dan kesuburan.

Majlis turut meraikan sambutan hari Wanita dengan simbolik memotong kek turut diadakan.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Usahawan) Datuk Dr Ripin Lamat, Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang.

Lebih 1,000 orang warga Miri hadir bagi memeriahkan majlis itu semalam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan