Search
Close this search box.
Datu Jabidah Monseri telah melahirkan rasa kesal serta membuat permohonan maaf. Foto media sosial

TH terima permohonan maaf Datu Jabidah, dakwaan kehilangan wang selesai

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Lembaga Tabung Haji (TH) telah memberikan penerangan terperinci kepada pengadu, Datu Jabidah Monseri di Kuching, Sarawak, berdasarkan bukti-bukti yang jelas berikutan dakwaan kehilangan wang yang telah memberi kesan kepada imej dan reputasi lembaga berkenaan.

TH dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihak pengurusan TH telah berjumpa dengan Datu Jabidah hari ini dan beliau telah melahirkan rasa kesal serta membuat permohonan maaf.

TH menerima permohonan maaf dari beliau dan turut berterima kasih kepada Datu Jabidah atas kerjasama baik yang telah diberikan.

Terdahulu, seorang bekas pegawai kanan kerajaan mendakwa kerugian lebih RM30,000 selepas wang dalam akaun Tabung Haji miliknya, disyaki dipindah ke akaun orang lain.

Pihak TH bagaimanapun mendapati, pemindahan wang itu adalah daripada akaun Tabung Haji pengadu kepada akaun bank miliknya sendiri.

Dalam pada itu pihak TH mengingatkan orang ramai untuk menggunakan sistem pengurusan deposit yang selamat dan teguh menerusi platform atas talian THiJARI.

“THiJARI juga telah dibangunkan dengan ciri-ciri keselamatan yang menepati standard dan amalan terbaik pasaran setaraf dengan aplikasi yang digunakan oleh institusi perbankan,” kata kenyataan itu lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan