Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Pelancaran SUKMA dan Para SUKMA Sarawak Edisi Ke-21 hari ini. Foto TVS

SUKMA 2024: Sasaran pingat kontinjen Sarawak akan dimuktamadkan – Abdul Karim

ByMuqri Aziz

KUCHING, 9 Mac: Sasaran keseluruhan pingat bagi kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak akan dimuktamadkan kelak, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

 Beliau berkata, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) masih memantau perkembangan terkini daripada persatuan-persatuan sukan di negeri ini berhubung sasaran berkenaan.

“Sasaran (keseluruhan pingat) masih lagi dinilai dan SSC sentiasa memantau setiap persatuan sukan dan melihat perkembangan (terkini). Kita belum lagi memberi sasaran tertentu tetapi kita akan maklumkan kemudian berapa sasaran kita setelah dimuktamadkan kelak,” katanya.

Sekitar 15,000 atlet sertai SUKMA Sarawak, kukuhkan perpaduan – Abang Johari

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Pelancaran SUKMA dan Para SUKMA Sarawak Edisi Ke-21 di sini hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Karim berharap atlet-atlet yang akan bertanding kelak berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memenangi acara yang dipertandingkan mereka supaya dapat diangkat sebagai atlet Malaysia untuk dipertandingkan pada sukan antarabangsa.

Ditanya mengenai fasiliti sukan negeri, Abdul Karim berkata, baik pulih serta pembinaan venue-venue sukan kini sedang berjalan dengan baik.

“Kerajaan Sarawak telah mengenal pasti venue-venue (yang perlu ditambah baik) dan perkara tersebut telah dibawa ke peringkat tertinggi (untuk pertimbangan) berikutan venue itu akan digunakan bagi acara-acara sukan yang diadakan.

“Ada venue yang sedang baik pulih, ada venue yang sedang dalam pembinaan (seperti Padang Ragbi, dan Dewan Wushu) kita sasarkan kesemuanya akan siap pada Jun ini,” katanya lagi.

Beliau turut berharap penganjuran SUKMA yang dipertanggungjawab oleh Sarawak itu berjalan dengan lancar dan tidak mencetuskan insiden yang buruk yang boleh menjejaskan imej negeri dan SUKMA secara keseluruhannya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan