Search
Close this search box.
Awang Tengah mnemui salah seorang peniaga selepas Majlis Pelancaran Zon Halal Anjung Sari dan Medan Selera SEDC Daerah Lawas di Medan Selera Anjung Sari pada Jumaat. Foto TVS.

Sarawak, Brunei kerjasama terokai industri halal

LAWAS, 9 Mac: Sarawak bakal memperkukuhkan kerjasama dengan negara Brunei Darussalam dalam aspek pembangunan industri halal terutama melibatkan penghasilan produk makanan antara kedua pihak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kerjasama akan dilaksanakan menerusi meneroka potensi yang terdapat dalam industri berkenaan terutama melibatkan penghasilan makanan berasaskan pertanian, penternakan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Kita akan bekerjasama dengan negara Brunei dalam industri halal melibatkan pembangunan dari segi sektor pertanian, penternakan dan sebagainya.

“Kita sudah mengadakan perjumpaan bersama menteri di Brunei untuk memikirkan bagaimana meningkatkan dalam semua aspek termasuklah bidang perniagaan dan perusahaan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Zon Halal Anjung Sari dan Medan Selera SEDC Daerah Lawas di Medan Selera Anjung Sari di sini hari ini.

Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak berkata jawatankuasa bersama antara Sarawak dan Brunei ditubuhkan bagi membincangkan pelbagai perkara.

Beliau memberitahu ia termasuk perhubungan sosial, perniagaan PKS, pelaburan dalam mertingkatkan lagi perniagaan dan pembangunan rentas sempadan kedua pihak.

Penubuhan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Brunei (STATOB) akan memberi manfaat kedua pihak dalam memperkukuhkan hubungan kerjasama dalam pelbagai aspek ekonomi serantau khususnya pelancongan serta industri halal.

STATOB katanya dijangka mula beroperasi pada tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan