Search
Close this search box.
Pengurus Besar Tabung Baitumal Sarawak, Datu Abg Mohd Shibli Abg Mohd Nailie menyampaikan sumbangan peralatan sekolah kepada anak-anak golongan Asnaf pada Program Back To School di Kuching. Foto TVS.

Program Kembali Ke Sekolah, TBS rai anak asnaf di Kuching

KUCHING, 9 Mac: Seramai 50 anak-anak para asnaf di Kuching diraikan sempena “Program Back To School” (Program Kembali Ke Sekolah) anjuran Tabung Baitulmal Sarawak.

Pengurus Besar, Datu Abg Mohd Shibli Abg Mohd Nailie berkata program pengagihan bantuan ini diharap dapat meringankan beban mereka dalam persediaan untuk kembali ke sekolah pada 11 Mac ini kelak.

“2,396 pelajar daripada kalangan keluarga asnaf akan menerima manfaat daripada program ini yang bukan sahaja akan dilaksanakan di bahagian Kuching, malah seluruh negeri Sarawak,” katanya ketika ditemui pemberita di Ummah Distribution Centre (UDC) di Jalan Bako hari ini.

Menurutnya lagi, pendidikan merupakan kunci kepada semua individu yang ingin keluar dari kepompong kemiskinan serta memperoleh kehidupan yang lebih baik.

Pada program yang sama, Tabung Baitulmal Sarawak turut memaklumkan bahawa kadar Zakat Fitrah bagi tahun 1445 Hijrah atau 2024 Masihi adalah berjumlah RM7.50 sahaja bagi setiap individu seperti yang ditetapkan oleh Majlis Islam Sarawak.

Zakat Fitrah ini katanya lagi akan dapat membantu bukan sahaja golongan Asnaf serta mereka yang memerlukan bantuan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan