Search
Close this search box.
Guru memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian pelajar dalam menerajui kemajuan dan kemakmuran negara. Foto hiasan Envato.

Peranan guru bentuk keperibadian pelajar terajui negara

ByYusuf Shukri

KUCHING, 9 Mac: Guru memainkan peranan penting mendidik anak bangsa dalam membentuk keperibadian mereka untuk menerajui kemajuan dan kemakmuran negara.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Openg berkata penerapan nilai moral yang tinggi mampu memberikan kekuatan mental yang diperlukan untuk mereka menghadapi cabaran global yang tidak menentu.

“Cabaran era moden sangat berbeza jika dibandingkan dengan masa dahulu kerana permintaan yang tinggi dalam pelbagai bidang dan ia membangun dengan pantas.

“Oleh itu, guru masa kini adalah ejen kepada transformasi pendidikan yang tuntas dan juga relevan supaya pelajar mempunyai daya saing yang tinggi apabila mereka bekerjaya kelak,” kata beliau dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian di Majlis Makan Malam Gerakan Massa #terimakasihcikgu sempena Sambutan Hari Guru Kebangsaan ke-53 pada Jumaat.

Bagi mencapai objektif ini, Abang Johari berharap infrastruktur dan fasiliti pendidikan di Sarawak dapat dinaik taraf dalam kadar segera bagi memberikan pendidikan yang berkualiti, terutama kepada golongan yang tidak mempunyai kemudahan akses kepada pendidikan seperti di luar bandar.

Pada masa sama, beliau berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana telah menempatkan lebih ramai guru untuk berkhidmat di seluruh Sarawak.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, setakat Mac 2024, seramai 2,577 graduan daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta telah ditempatkan di sekolah rendah dan sekolah menengah di Sarawak.

“Antaranya, pecahannya 1,247 graduan bagi sekolah rendah dan 1,330 graduan bagi sekolah menengah dan penetapan terkini adalah pada hari semalam 7hb Mac 2024 yg terdiri daripada graduan kelahiran anak Sarawak.

“KPM yakin bahawa usaha ini dapat mengurangkan lagi jurang kekosongan guru bagi semua sekolah di negara kita dan khususnya di wilayah Sarawak,” kata beliau.

Walaupun masalah kekurangan guru masih membelenggu negara, Wong menjelaskan bahawa kementerian kini sedang melaksanakan pelantikan calon melalui Guru Kontrak Perkhidmatan (COS) dalam masa terdekat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan