Search
Close this search box.
Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku semasa Saifulnizam sedang mengikat muatan balak di atas lorinya menggunakan rantai besi. Foto hiasan Envato.

Pemandu lori balak maut digilis jentera berat

ByBernama

JERANTUT, 9 Mac: Seorang pemandu lori balak maut digilis sebuah jentera berat selepas tergelincir dan jatuh dari kenderaannya semasa sedang mengikat kayu balak dalam kemalangan di Kilometer (KM) 26 Jalan Jerantut-Padang Piol di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Azman Mat Kamis berkata kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu Saifulnizam Zakaria, 41, yang beralamat di Kuala Lipis, Pahang meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku semasa Saifulnizam sedang mengikat muatan balak di atas lorinya menggunakan rantai besi.

“Semasa mengikat balak tersebut, mangsa telah tergelincir lalu terjatuh di belakang kenderaannya. Pada masa sama, pemandu jentera berat yang sedang mengangkat balak tidak menyedari mangsa terjatuh sebelum menggilis mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan