Search
Close this search box.
Datuk Seri Aaron Ago Dagang merasmikan program Dialog Harmoni Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024. Foto Aaron Ago Dagang (FB)

Hindar bangkit isu berkaitan 3R

ByAdlina Rahman

KUCHING, 9 Mac: Semua pihak disaran untuk mengelak daripada menyentuh isu berkaitan 3R (kaum, agama, raja) yang dilihat kian meningkat baru-baru ini, kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang.

 Beliau berkata, ini untuk menjaga sensitiviti dan menghormati setiap kaum dan etnik di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang memiliki kepelbagaian kaum dan agama ini.

“Kementerian menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah memperkenalkan sistem e-Sepakat bagi mengesan, memantau dan melapor isu-isu perpaduan peringkat komuniti secara digital. Statistik melalui e-Sepakat menunjukkan peningkatan isu 3R dari 153 pada tahun 2022 kepada 197 pada tahun 2023,” kata beliau melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kementeriannya hari ini sempena program Dialog Harmoni Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024.

Beliau telah merasmikan program tersebut yang mengangkat tema ‘Nilai-Nilai Murni Pemangkin Perpaduan dan Keharmonian Masyarakat’ yang bertujuan untuk memperkukuh semangat
kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat selain menangani isu berkaitan dengan keharmonian antara penganut agama, meningkatkan toleransi, dan mengukuhkan pemahaman.

Dalam kenyataan sama, Aaron berkata, kementeriannya ekoran itu memperkenalkan sebuah konsep baharu iaitu; ‘Faham, Hormat, dan Terima’ yang bertujuan untuk memupuk keharmonian serta kepelbagaian dalam masyarakat.

“Konsep “Faham, Hormat, dan Terima” sebagai prinsip asas, serta akan melancarkan Inisiatif Harmoni MADANI pada bulan Jun ini dengan pelbagai program seperti Bicara Harmoni, Wacana Memupuk Perpaduan Dalam Kepelbagaian Agama, Jejak Harmoni, Dokumentasi Harmoni, Sambutan Hari
Toleransi Sedunia, Sambutan Minggu Harmoni Sedunia, dan Interfaith-Dialog.

“Inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuh kesedaran terhadap kepelbagaian agama dan budaya yang bukan hanya memperkaya identiti nasional tetapi juga menyatukan rakyat,” jelas Aaron. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan