Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili. Foto ACP Zulkipli Suhaili

Guru wanita rugi RM16,700 terpedaya tawaran penghantaran makanan dalam talian tidak wujud

SIBU, 9 Mac: Seorang guru wanita mengalami kerugian lebih RM16,700 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan yang menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu daripada mangsa berusia lingkungan 40-an semalam.

“Kejadian bermula pada 7 Mac lalu apabila mangsa tertarik dengan satu iklan di laman sosial Facebook yang menawarkan tempahan dan penghantaran makanan secara bulanan.

“Mangsa telah menekan satu pautan iklan berkenaan dan berhubung dengan suspek yang memperkenalkan diri dengan nama ‘Alex’ melalui aplikasi Whatsapp yang memaklumkan tempahan makanan untuk 20 hari adalah berjumlah RM170 dan sekiranya menggunakan bekas makanan maka terdapat penambahan bayaran deposit sebanyak RM100,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa yang setuju seterusnya membuat satu transaksi bayaran tempahan berjumlah RM270 ke dalam satu akaun tempatan.

“Mangsa kemudian menerima satu pesanan ringkas daripada seorang lagi lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ‘Lee’ meminta mangsa menekan satu pautan dan memuat naik aplikasi ‘H & Y delivery’, seterusnya mengisi maklumat peribadi serta mendaftar menggunakan kad kredit bagi tujuan membuat pembayaran pendaftaran sejumlah RM1 sebagai ahli baharu.

“Pada 8 Mac lalu mangsa telah menerima pesanan ringkas meminta nombor OTP dan menghubungi pihak bank yang memaklumkan bahawa kad kreditnya telah digunakan sebanyak RM16,494 bagi pembayaran ‘Bigpay’.

Menurut Zulkipli, mangsa telah membuat laporan polis selepas menyedari dirinya telah terpedaya oleh suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 kanun keseksaan kerana menipu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan