Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing menyaksikan hasil kreativiti peserta ketika menghadiri Majlis Penangguhan Pertandingan Inovasi Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Rajang. Foto TVS.

Dua projek mega bakal ubah landskap pembangunan Bintangor

BINTANGOR, 9 Mac: Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) akan memastikan dua projek mega dilaksanakan pada tahun ini di sini, kata Datuk Ding Kuong Hiing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong berkata projek itu ialah naik taraf tebingan Sungai Bintangor dan Taman Rekreasi Bintangor.

Menurutnya, kesemua projek itu tidak hanya menjadi tarikan pengunjung sebaliknya bakal mengubah landskap pembangunan daerah ini.

“Ketika ini, kedua-dua projek ini sedang dalam peringkat reka bentuk atau rundingan bersama konsultan.

“Melalui RADDA, kita telah pun bersetuju supaya kedua-duanya dilaksanakan dahulu, saya berharap pelaksanaannya dapat dimulakan menjelang akhir tahun ini,” katanya ketika ditemui di sini, pada Jumaat.

Menyentuh projek pembinaan kolam renang, Kuong Hiing menjelaskan, pihaknya sedang mengenal pasti tapak baharu kerana tapak bersebelahan Kompleks Sukan Bintangor yang dicadangkan sebelum ini, kurang sesuai bagi tujuan tersebutm

Malah ujarnya, tapak yang dicadangkan itu juga melibatkan sebahagian besar kerja kejuruteraan infrastruktur awam sekali gus mempengaruhi kos pelaksanaannya.

Sehubungan itu, beliau berharap masalah itu diselesaikan secepat mungkin bagi membolehkan pelaksanaannya dapat diteruskan.

Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Penangguhan Pertandingan Inovasi Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Rajang Tahun 2024. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan