Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Johan qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak Kali Ke-63, Nur Syakura Mohamad Musa menerima hadiah kemenangan yang disampaikan oleh Toh Puan Fauziah Mohammad Sanusi malam ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Ahmad Mukhlis, Nur Syakura johan qari dan qariah tilawah Al-Quran peringkat Sarawak

ByHafeezzur Muzamir

LIMBANG, 9 Mac: Ahmad Mukhlis Yahya dan Nur Syakura Mohamad Musa dinobatkan sebagai qari dan qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Kali Ke-63 yang berakhir malam ini.

Ahmad Muklis yang mewakili Bahagian Sarikei memperoleh 89.5 peratus mengatasi peserta dari Miri, Mohd Faizzil Afandi yang berada di kedudukan kedua dengan markah 89 peratus diikuti peserta dari Bahagian Samarahan, Muhammad Hafiez Shafie dengan 87 peratus.

Bagi kategori qariah pula, Nur Syakura yang merupakan johan pada edisi lalu memperoleh 91 peratus meninggalkan peserta dari Miri, Farraliza Mohammad Musa dengan 86 peratus dan tempat ketiga menjadi milik Nurul Izzah Mukhali.

Kemenangan kedua-dua peserta itu melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM10,000, pakej umrah, piala pusingan dan iringan serta sijil.

Sementara itu, bagi kategori hafazan juzuk 1-10, dua pelajar Institut Perguruan Batu Lintang iaitu Mohammad Hakimi Mohamed dan Nurul Husna Norzaidi menjadi johan.

Dalam pada itu, johan bagi kategori juzuk 1-20 pula menjadi milik peserta dari Bintulu dan Miri iaitu Muhammad Nadjat Arsyad Madzalan Abdul Rahman dan Nurul Izzah Mukhali diumumkan sebagai pemenang.

Manakala bagi kategori juzuk 1-30 pula menyaksikan tempat pertama diraih peserta dari Kuching, Muhammad Arif Muadzam mengatasi Asyaraf Fiqin Malek dan Mohamad Khairul Anwar Marican.

Johan hafazan Al-Quran kategori 1-30 juzuk membawa pulang wang tunai RM5,000, johan kategori 1-20 juzuk dengan RM4,000 dan johan kategori 1-10 sebanyak RM3,000.

Kesemua para pemenang menerima hadiah yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Majlis yang berlangsung selama empat hari di Dewan Suarah Limbang sejak 6 hingga 9 Mac itu menyaksikan seramai 45 peserta dari seluruh pelosok Sarawak mengambil bahagian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan