Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian ketika memberi ucapan ketika majlis Pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) antara Swinburne University of Technology Kampus Sarawak dan BioTective Sdn. Bhd. di sini, hari ini. Foto: Lorenzo Isaac (TVS)

Sarawak, BioTective meterai MoA penyelidikan platform digital kesihatan – Dr Sim

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 8 Mac: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian optimis permeterian Memorandum Perjanjian (MoA) antara Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) dan BioTective Sdn. Bhd. akan memberi nilai tambah kepada bidang kesihatan di negeri ini.

Menurut beliau MoA terbabit bertujuan bagi menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam platform digital kesihatan bergelar ‘Next Generation Disease Resource Centre (NXDRC).’

“Saya sangat gembira bahawa Swinburne akan mempunyai program Kecerdasan Buatan (AI) tempatan sendiri.

“Usaha ini sangat penting untuk menggalakan kerjasama dengan syarikat swasta seperti BioTective di mana mereka telah banyak melakukan aktiviti penyelidikan di Hospital Putrajaya.

“Ini adalah sebahagian daripada pembinaan negara di mana kedua-dua pihak akan melancarkan AI dalam konteks ekonomi digital dan ekonomi hijau yang akan membangunkan Sarawak sehingga tahun 2030,” katanya selepas menyaksikan simbolik pertukaran MoA di Swinburne Sarawak, di sini hari ini.

Terdahulu, kedua-dua pihak telah membangunkan BioTective Disease Resource Centre (DRC) iaitu sebuah platfrom kesihatan digital yang membantu memudahkan koordinasi penjagaan kesihatan antara pesakit dan penyedia penjagaan kesihatan mereka.

Melalui MoA ini, kedua-dua pihak akan menjalankan R&D lanjutan untuk mengukuhkan sistem keselamatan siber platfrom DRC dan meningkatkan penawarannya pada masa depan dengan kecerdasan buatan (AI) dalam pemodelan prediktif dan pemodelan bahasa besar.

Pasukan penyelidikan Swinburne diketuai oleh Profesor Patrick Then dan terdiri daripada ahli-ahli Dr. Brian Loh, Dr. Vong Wan Tze, Dr. Kelvin Yong dan Dr. Colin Tan.

MoA itu ditandatangani oleh Naib Canselor Pro Swinburne Sarawak dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prof Ir Profesor Lau Hieng Ho dan CEO BioTective Peter Ting Yiik Pung.

Hadir mewakili Lau bagi acara pertukaran MoA adalah Timbalan Naib Canselor Pro Swinburne Sarawak (Penyelidikan) Profesor, Dr Ida Fatimawati Adi Badiozaman.

Majlis turut menyaksikan Dr. Sim, yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG) melancarkan ‘Program Pemberdayaan AI & Digital Swinburne’ – sebuah program inovatif yang bertujuan untuk melengkapkan syarikat dan industri dengan pengetahuan dan alat yang diperlukan untuk menggabungkan kuasa pemboleh ubah AI dan digital.

“Program ini berharap untuk merancang, mengembangkan, dan melaksanakan penyelesaian teknologi secara bersama-sama untuk membantu syarikat memasuki ekonomi digital baru selaras dengan Blueprint Ekonomi Digital 2030 Sarawak dan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 Sarawak 2030 (PCDS),” ujarnya lagi.

Turut hadir, Pengarah BioTective William Liang Tak Chiang dan Pengarah Eksekutif Hock Seng Lee Bhd, Simon Lau Kiing Kang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan