Search
Close this search box.
Sudarnoto Osman (lima kiri) bersama para peserta pada Majlis Hari Orientasi Kohort 3 SDEC Digital Village Accelerator 2024 di Kuching, hari ini. Foto TVS

Peserta program DiVA berjaya lebarkan sayap ke luar negara

KUCHING, 8 Mac: Peserta Program ‘Digital Village Accelerator’ (DiVA) telah berjaya memimpin syarikat pemula hingga berjaya melebarkan sayap ke luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif, Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) Sudarnoto Osman berkata kejayaan ini merupakan hasil kerjasama dengan pakar industri yang memberikan bimbingan, sokongan dan pengetahuan untuk membantu mereka berkembang.

“DiVA telah melahirkan beberapa syarikat pemula yang hebat kerana berjaya melebarkan sayap mereka ke Thailand, malah ada yang bekerjasama dengan pelbagai pihak di seluruh Malaysia dalam menghasilkan produk sendiri,” jelasnya semasa ditemui selepas Majlis Hari Orientasi Kohort 3 SDEC DiVA 2024 di sini, hari ini.

Program ini merupakan kerjasama di antara SDEC dengan Syarikat NEXEA, sebuah syarikat yang menyokong dan membiayai syarikat pemula teknologi.

Kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam menyediakan geran, bimbingan dan faedah lain kepada syarikat pemula teknologi yang berinovatif dan berpotensi besar.

Sementara itu, Pengurus Perkhidmatan Ekosistem, Operasi dan Pembangunan Bakat, Inovasi dan Usahawan SDEC, Khairool Adzepan berkata inisiatif SDEC melalui program DiVA telah memupuk komuniti inovasi di Sarawak dengan memacu pertumbuhan teknologi digital dan industri kreatif.

Program tersebut berperanan menyokong usahawan dan pemula teknologi di Sarawak dengan menawarkan sumber penting untuk memupuk kapasiti inovatif mereka.

Matlamat mereka adalah untuk menyediakan peserta dengan platform, sumber dan bimbingan yang betul untuk membentuk idea yang inovatif dan kreatif.

Melalui bimbingan tersebut, peserta akan memperoleh manfaat daripada bimbingan khusus industri dan menggunakan pelbagai sokongan untuk menjalankan syarikat permulaan mereka ke arah kejayaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan