Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua kedai terbakar seratus peratus manakala dua buah kedai terbakar 50 peratus dan sebuah kedai lagi terbakar 30 peratus dalam kebakaran di Jalan Carpenter hari ini. Foto: TVS

5 buah rumah kedai lama di Jalan Carpenter terbakar

KUCHING, 8 Mac: Lima buah rumah kedai di Jalan Carpenter di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 1 petang tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Tiong Ling Hii berkata kebakaran melibatkan dua buah kedai terbakar seratus peratus manakala dua buah kedai terbakar 50 peratus dan sebuah lagi kedai terbakar 30 peratus.

Tiong berkata pihaknya berjaya mengawal kebakaran pada jam 2.40 petang selepas sejam menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran berkenaan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (J-P-B-M), Tiong Ling Hii bercakap semasa ditemui di tapak kebakadan di Jalan Carpenter di Kuching pada Jumaat. Foto: TVS

Beliau mendedahkan kelewatan pihaknya melakukan tindakan awal di lokasi susulan jentera mereka tidak dapat masuk di lorong jalan berkenaan kerana dihalang kenderaan yang meletakkan kenderaan di kawasan tersebut.

“Api merebak melalui siling dan ke atap merebak ke sebelah maka kita dapat mengawal kebakaran pada jam 2.40 petang tadi iaitu sejam selepas kebakaran berlaku.

“(Kebakaran) Yang terlibat tadi termasuk sebuah kenderaan kalau kita lihat di belakang kereta ada sebuah kenderaan terbakar juga,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita di lokasi kebakaran di Jalan Carpenter di Kuching pada Jumaat.

Dalam insiden itu kata Tiong, terdapat sebuah kenderaan Toyota Avanza dan sebuah motosikal turut musnah dalam kebakaran tersebut.

Tiong menambah setakat ini, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan yang dilaporkan berlaku.

Difahamkan kebakaran pernah berlaku di Jalan Carpenter itu pada tahun 2012. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan