Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. Foto TVS.

Tingkatkan kesedaran saringan kanser kolorektal dalam kalangan masyarakat – Dr Sim

KUCHING, 7 Mac: Setiap lapisan masyarakat harus mempunyai kesedaran untuk melakukan saringan kanser kolorektal sebagai langkah pencegahan dan pengesanan awal kanser berkenaan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata kesedaran terhadap kanser yang merupakan barah kedua tertinggi menyerang di Malaysia itu turut menjadi punca ketiga kematian kalangan rakyat negara ini.

“Jadi itulah sebabnya kempen kesedaran saringan ini sangat penting kerana kanser itu merupaka nombor kedua tertinggi.

“Ia mencatatkan 70 peratus adalah peringkat 3 dan peringkat 4 serta kanser ini sentiasa meningkat selepas 50 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Kempen Kesedaran Kanser Kolorektal di Hospital Umum Sarawak di Kuching pada Khamis.

Berdasarkan statistik, lima peratus kanser kolorektal dikesan berpunca daripada sindrom Lynch atau Hereditary Nonpolysis Colorectal Cancer (HNPCC) dan Familial Adenomatous Polysis (FAP) yang merupakan mutasi genetik diwarisi dalam keluarga tertentu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan