Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil Foto TVS

Tempoh sah laku kad perakuan media dikemas kini, saya berpuas hati – Fahmi

GEORGE TOWN, 7 Mac: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berpuas hati dengan kemas kini tempoh sah laku kad perakuan media yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) hari ini.

Katanya, kenyataan tersebut dikeluarkan selepas pihaknya mengkaji semula dan mengambil kira persoalan yang dibangkitkan pengamal media sebelum ini berhubung tempoh sah laku kad tersebut.

“Saya sahkan kenyataan itu, memang mereka telah berhubung dengan pejabat saya dan saya berpuas hati dengan (kemas kini) itu.

“Jadi itu akan menjelaskan secara keseluruhan (permintaan sebelum ini),” katanya kepada pemberita hari ini selepas melakukan lawatan ke Rumah Muzik Pulau Pinang di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

Sementara itu, menerusi kenyataan media yang dikeluarkan petang tadi, JaPen memaklumkan mengenai tempoh sah laku kad perakuan media yang dikemas kini dan ia berkuatkuasa serta merta.

Kenyataan itu berkata, tempoh sah laku kad bagi media rasmi kerajaan dan media tempatan termasuk dalam talian adalah selama dua tahun.

“Bagi pengamal media antarabangsa warga Malaysia adalah dua tahun berbanding setahun sebelum ini dan setahun bagi pengamal media yang mempunyai kontrak secara tahunan dengan organisasi media.

“Selain itu, bagi pengamal media antarabangsa bukan warga Malaysia adalah setahun dan enam bulan kepada pengamal media dalam talian yang baru berdaftar dengan JaPen,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, media melaporkan, terdapat beberapa wartawan kontrak daripada organisasi media yang tempoh sah laku kad perakuan medianya berbeza.

JaPen membuat penyelarasan dengan mengambil kira dokumen Kod Etika Wartawan Malaysia (KEWM) Institut Akhbar Malaysia (MPI) yang telah dikemas kini baru-baru ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan