Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Foto Salasiah Safian (TVS)

Pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara Sarawak bermula tahun depan – Abang Johari

ByBernama

LIMBANG, 6 Mac: Pembinaan Lebuh raya Pesisir Utara yang menghubungkan kawasan Miri, Brunei, Limbang dan Lawas akan bermula tahun depan.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata projek lebuh raya melalui dana kerajaan Sarawak bernilai RM6.1 bilion itu akan dibina dengan empat lorong.

Beliau berkata projek berkenaan diperlukan bagi membuka peluang ekonomi yang lebih besar terutamanya di kawasan Limbang dan Lawas.

“Di Limbang, kita akan menaik taraf lapangan terbang dengan meluaskan landasan bagi membolehkan pesawat lebih besar untuk mendarat.

“Kita juga sedang mengenal pasti kawasan sesuai untuk membangunkan sebuah tempat peranginan. Kawasan ini bakal menjadi satu lokasi sektor pelancongan,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Abang Johari berkata lebuh raya itu juga akan memanfaatkan kawasan Lawas yang bakal memiliki sebuah pelabuhan serta lapangan terbang baharu tidak lama lagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan