Search
Close this search box.
Empat lelaki dikhuatiri lemas dan seorang berjaya diselamatkan orang awam di Batang Balleh berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Balleh dekat sini petang tadi. Foto BBP Kapit

Bot karam di Kapit, empat dikhuatiri lemas

KAPIT, 7 Mac: Empat warga tempatan dikhuatiri lemas manakala seorang terselamat susulan bot yang dinaiki karam dan tenggelam di Batang Balleh berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Balleh di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Timoty Barat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.24 petang kemudian mengarahkan sepasukan 10 anggotanya ke lokasi kejadian.

“Pihak kami dimaklumkan mengenai kejadian berlaku sekitar jam 5 petang membabitkan sebuah bot fibre 30 kuasa kuda yang dinaiki lima orang yang sedang dalam perjalanan dari Kem Melekun menghala ke Nanga Tuli.

“Seorang daripada mangsa dikenali sebagai Moses Ngui berusia 47 tahun berjaya diselamatkan oleh orang awam yang kebetulan berada berhampiran di tempat kejadian manakala empat yang dihanyutkan oleh arus deras,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Menurut Timoth, setibanya di lokasi pasukan bomba telah memulakan operasi pencarian dengan menggunakan kaedah ‘water surface searching’ dalam radius kawasan mencari dan menyelamat sekitar satu km dari lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 6.50 petang kerana arus deras dan keadaan semakin gelap,” jelasnya.

Operasi akan disambung semula pada pagi esok.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan