Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr.Zambry Abdul Kadir semasa lawatannya di Politeknik Kuching hari ini. Foto TVS

RM1.4 bilion diperuntuk naik taraf IPTA di Sarawak

KUCHING, 6 Mac: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meluluskan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion bagi menaik taraf keperluan kebajikan serta kesejahteraan pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Sarawak.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, sebanyak RM1 juta daripada jumlah kelulusan peruntukkan tersebut adalah untuk Politeknik Kuching bagi menaik taraf kolej kediaman pelajar yang menginap di dalam kampus serta infrastruktur lain.

“Sejumlah RM1.3 bilion lagi diperuntukkan sebagai bantuan tahunan untuk institusi-institusi sedia ada di seluruh negeri Sarawak bagi tujuan pembangunan,” katanya semasa lawatannya di Politeknik Kuching hari ini.

Katanya, ia sebagai usaha Kerajaan persekutuan dalam mengukuhkan kedudukan-kedudukan institusi pengajian tinggi di Sarawak.

Sebanyak 14 IPTA dan IPTS yang bertapak di Sarawak, antaranya Universiti Malaysia SarawaK (UNIMAS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak dan juga Politeknik Kuching. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan