Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menghadiri Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak Kali Ke-63 Tahun di Dewan Suarah Limbang malam ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Perkasa sektor pendidikan, lahirkan masyarakat Islam berilmu

ByHafeezzur Muzamir

LIMBANG, 6 Mac: Kerajaan Sarawak sentiasa memberi penekanan akan kepentingan ilmu dalam kalangan umat Islam di negeri ini selari dengan aspirasi mahu melahirkan masyarakat yang maju dan makmur.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkasa umat Islam di negeri ini dengan memantapkan sektor pendidikan.

“Sebagai orang Islam, kita (Sarawak) membuat keputusan untuk memperkasa sektor pendidikan dengan penubuhan sekolah antarabangsa Islam di negeri ini.

“Kita juga melatih pegawai termasuk ustaz dari negeri ini, kita hantar mereka mengikuti kursus di Universiti Oxford.

“Ini bagi memastikan mereka diberi pendedahan dari sudut cara hidup masyarakat Barat dan Timur. Kita ambil pengajaran yang baik untuk untuk sama-sama memajukan masyarakat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak Kali Ke-63 Tahun di Dewan Suarah Limbang di sini, malam ini.

Yang turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha.

Mengulas lanjut, Abang Johari turut menekankan kepentingan ilmu dalam perancangan dan pelaksanaan dasar yang dilakukan Kerajaan Sarawak seperti penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat.

Dalam pada itu, Abang Johari menaruh harapan agar generasi muda Islam di negeri ini untuk menggunakan masa yang mereka miliki untuk pembangunan masyarakat.

“Masa depan kita (Sarawak), kita serah kepada generasi baharu. Pemuda Islam manfaatkanlah masa anda dan dengan menyumbang kepada masyarakat khasnya di Sarawak yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan