Search
Close this search box.
Perluasan pemasangan sistem solar serta inisiatif dilaksanakan oleh kerajaan berjaya menurunkan kos pemasangan sistem solar di kediaman secara mendadak. Foto hiasan, Envato.

Parlimen: Kos pasang sistem solar kediaman di Malaysia turun mendadak – TPM Fadilah

ByConnie Grace

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Perluasan pemasangan sistem solar serta sokongan kerajaan berjaya menurunkan kos pemasangan sistem solar di kediaman di negara ini secara mendadak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof berkata, kos pemasangan sistem berkenaan ketika ini sekitar RM12,000 hingga RM15,000 bagi sebuah rumah teras berbanding RM24,000 hingga RM30,000 pada 2011.

“(Kos sebanyak) RM40,000 hingga RM50,000 (pula) bagi rumah semi D dan banglo berbanding RM80,000 hingga RM120,000 pada 2011, iaitu penurunan kos kira-kira 50 peratus,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Fadilah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menjawab pertanyaan Young Syefura Othman (Pakatan Harapan – Bentong) yang ingin tahu status terkini penggunaan teknologi solar di Malaysia khususnya bagi penggunaan domestik.

Sementara itu, beliau memaklumkan, sebanyak 235 syarikat telah berdaftar sebagai Registered Solar PV Investor (RPVI) dengan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) sehingga Disember 2023.

Jelasnya, pendaftaran berkenaan membolehkan syarikat tersebut menguruskan pemasangan serta pembiayaan sistem solar.

“(Ini) termasuk menawarkan pilihan kaedah pembayaran secara ansuran atau langganan kos modal sifar kepada pengguna untuk pemasangan sistem solar di rumah kediaman,” katanya.

Berhubung inisiatif hijau berkenaan, Fadillah memaklumkan, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai program pembangunan Tenaga Boleh Baharu (TBB) sejak 2011 bagi meluaskan pemasangan sistem solar PV.

Kata beliau ini termasuk memanfaatkan ruang bumbung premis bangunan dan kediaman untuk pemasangan sistem berkenaan.

“Antara program yang telah dilaksanakan termasuk Program Tarif Galakan (FiT), Program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) dan Program Solar untuk Kegunaan Sendiri (SelCo),” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan