Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Parlimen: Ahli politik punca masalah perpaduan di Malaysia

ByConnie Grace

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Ahli politik tidak boleh menafikan bahawa mereka turut menjadi punca kepada masalah perpaduan di Malaysia.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, perkara itu telah dihujahkan oleh kementeriannya pada tahun lepas.

“Pada tahun lepas, kita (Kementerian Perpaduan Negara), kita berhujah dengan terang mengatakan faktor utama adalah ahli politik.

“We are the politician that cause a lot of problem in this country and we have to admit that,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Suhaimi Abdullah (Perikatan Nasional – Langkawi) mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ahli politik yang membangkitkan isu perpaduan pada Sesi Pertanyaan – Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Mengenai tindakan yang dapat diambil, Aaron Ago berkata terdapat peruntukan undang – undang sedia ada termasuklah Akta Hasutan terhadap pihak yang membangkitkan perkara yang boleh menggangu gugat perpaduan.

Berhubung sampling Indeks Perpaduan Negara yang didakwa tidak seimbang apabila responden lebih cenderung kepada kaum, jantinan dan agama tertentu, Aaron Ago menjelaskan, data berkenaan diambil ketika pandemik COVID-19 pada 2022.

“Maka pada tahun ini, kita perluaskan dengan mengambil lebih banyak lagi sampel supaya indeks yang didapati lebih menjurus kebenaran tapi faktor besar yang membawa kepada skor ini termasuklah segi tadbir urus, ekonomi, politik dan jenayah,” katanya.

Terdahulu Aaron Ago memaklumkan, KPN telah menyusun perancangan bagi meningkatkan Indeks Perpaduan sebagai usaha untuk mengeratkan perpaduan, persefahaman dan penerimaan rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Katanya, Dasar Perpaduan Negara (DPN) yang menggariskan tiga objektif utama iaitu mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persektuan dan Rukun Negara, membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi di samping melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan