Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Statistik menunjukkan sebanyak 4,480 kematian melibatkan kemalangan motosikal.

Parlimen: 6,443 maut kemalangan jalan tahun lepas, tertinggi dalam tempoh lima tahun

ByConnie Grace

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Malaysia mencatatkan 6,443 kematian akibat kemalangan jalan raya pada tahun lepas.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, angka berkenaan merupakan jumlah tertinggi bagi tempoh lima tahun.

Berdasarkan statistik berkenaan juga katanya, sebanyak 4,480 kematian melibatkan kemalangan motosikal.

“Ini bersamaan purata 18 kematian sehari akibat kemalangan dengan 12 daripadanya membabitkan motosikal.

“(Ini bermaksud) dalam tempoh setiap 80 minit, seorang meninggal dunia akibat kemalangan dan jumlah kematian yang direkodkan ini lebih tinggi berbanding korban akibat COVID-19,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Anthony berkata, kerajaan memandang serius angka berkenaan dan Kabinet telah memutuskan untuk mengeluarkan rekod kematian maut setiap hari oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Menerusi langkah itu kata Anthony, kerajaan berharap supaya dapat memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Sekarang ini biasanya statistik dikeluarkan sekali setahun bagi mengumpulkan jumlah kemalangan tapi itu memberikan gambaran yang tidak begitu membimbangkan orang ramai,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan