Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan Tinggi, Dato Sri Dr. Zambry Abdul Kadir merakamkan gambar kenangan bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri hari ini. Foto TVS

KPT bercadang naik taraf kolej kediaman pelajar IPT di Sarawak

KUCHING, 6 Mac: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bercadang untuk menaik taraf kolej kediaman pelajar yang menginap di dalam kampus di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negeri ini.

Menterinya, Dato Sri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, inisiatif berkenaan berikutan KPT peka terhadap keperluan kebajikan serta kesejahteraan para pelajar.

“Sepanjang 2 hari lawatan, saya melihat dari segi kedudukan institusi-institusi sedia ada ia perlukan perhatian. Ini termasuklah usaha baik pulih dan sebagainya. saya sudah berada di UNIMAS dan tadi saya telah ke UiTM dan selepas ini saya akan ke politeknik.

“Saya sendiri tidak berpuas hati dengan keadaan sebahagian kolej dan asrama yang agak uzur kerana kedudukan asrama yang telah dibina kira-kira 27 tahun yang lalu dan tentunya ia memerlukan sedikit baik pulih dan ini setelah saya mendapat maklum balas daripada pelajar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke Astana Negeri Sarawak, pada Rabu.

Tambah Zambry, Kerajaan Persekutuan juga optimis mengukuhkan kedudukan IPT di Sarawak.

“Kementerian Pendidikan Tinggi akan terus berurusan di Sarawak khususnya dibawah kepimpinan YAB Premier dengan Tun sebagai canselor (UNIMAS) tentunya dengan kedudukan ini, hubungan Tun dan juga Premier akan menjadi bertambah mantap.

“Bagi kerajaan persekutuan pula kita mempunyai 3 buah universiti iaitu UNIMAS, 2 Kampus UiTM dan Kampus UPM. Selain itu kita ada 3 kampus Politeknik dan 7 kolej Komuniti di Sarawak,” ujarnya.

Terdahulu, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi hari ini menerima dua kunjungan hormat dari Kementerian Pendidikan Tinggi yang diketuai oleh Zambry di Astana Negeri Sarawak hari ini.

Lawatan kerja rasmi selama dua hari tersebut bertujuan untuk menentukan hala tuju Kementerian Pendidikan Tinggi 2024 di peringkat Universiti dalam memastikan aspek kebajikan terutamanya bagi para pelajar dan kakitangan dititikberatkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan