Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada Malam Gala Pengakap Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam ini. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Kerajaan Sarawak iktiraf perjuangan pengakap bangunkan belia

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 6 Mac: Kerajaan Sarawak mengiktiraf  perjuangan 111 tahun pergerakan Pengakap Sarawak yang bergerak seiringan dengan matlamat kerajaan dalam pembangunan belia, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, usaha kerajaan dalam membangunkan belia Sarawak mendapat sokongan daripada pengakap menerusi penetapan program dan aktiviti yang jelas untuk melatih para belia dalam pelbagai bidang agar lebih versatil dalam tindakan mereka.

“Kami berbangga kerana golongan belia di Sarawak menerima program pembangunan kerajaan setakat ini.

“Memandangkan kepentingan pembangunan dalam pelbagai bidang untuk belia, Kerajaan Sarawak sekarang pun telah meletakkan portfolio pembangunan usahawan bersama belia dan sukan, justeru kita ada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan,” katanya pada Malam Gala Pengakap Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam ini.

Teks ucapan beliau dibaca Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian yang mewakilinya pada majlis itu.

Katanya lagi, dasar pendidikan tinggi percuma untuk anak Sarawak yang akan dilaksanakan kerajaan merupakan salah satu langkah bijak dalam menyediakan golongan belia untuk peranan yang lebih besar pada masa hadapan.

Abang Johari menambah, Kerajaan Sarawak komited melihat peranan yang dimainkan oleh pertubuhan belia seperti pergerakan pengakap itu dalam pembangunan sahsiah belia.

“Kita menganggap belia sebagai pemimpin masa depan yang akan menentukan hala tuju negara, peranan yang perlu dibangunkan dalam kalangan belia agar apabila mereka mencapai tahap itu, mereka akan dapat meneruskan legasi yang dicipta oleh kepimpinan sekarang,” ujarnya.

Menurutnya, perkara ini amat penting memandangkan belia zaman sekarang terdedah dengan pelbagai pengaruh negatif dari dalam mahupun luar negara.

Malam Gala Pengakap Sarawak 2024 tersebut juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi menyokong latihan dan aktiviti Persatuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak peringkat negeri.

Dana yang mencukupi juga diperlukan untuk memastikan bukan sahaja pergerakan itu dapat menjalankan semua latihan dan aktiviti pada tahun 2024, tetapi juga dalam pengurusan untuk memulakan latihan dan aktiviti pada tahun 2025.

Turut hadir ialah Presiden Pengakap Sarawak, Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan