Search
Close this search box.
Bahagian tropika dunia adalah luas dan mengandungi kepelbagaian jenis hutan dan menempatkan bahagian hutan yang paling ketara di dunia. Foto hiasan Envato.

Hutan tropika perlu dipelihara, dilindungi – Naib Canselor UMS

ByBernama

KOTA KINABALU, 6 Mac: Hutan tropika yang masih ada perlu dipelihara dan dilindungi daripada berubah kepada guna tanah lain bagi memenuhi fungsi terhadap alam sekitar, masyarakat dan ekonomi, kata Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Datuk Dr Kasim Mansor.

Beliau berkata bahagian tropika dunia adalah luas dan mengandungi kepelbagaian jenis hutan dan menempatkan bahagian hutan yang paling ketara di dunia.

“Sebaliknya, perbuatan manusia dan kesan perubahan iklim merupakan ancaman besar kepada hutan tropika dan penduduk yang tinggal di dalamnya,” katanya ketika berucap pada Persidangan Perhutanan Tropika Antarabangsa 2024 di sini pada Selasa.

Beliau berkata usaha tertumpu untuk menjalankan penyelidikan yang menghasilkan penyelesaian praktikal kepada pelbagai isu berkaitan hutan diperlukan untuk menyokong prinsip dan dasar pengurusan hutan mampan yang merangkumi fungsi hutan.

“Dengan mengambil kira perkara ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan terima kasih kepada penyelidik yang telah bekerja dengan gigih dalam penyelidikan hutan tropika,” katanya.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif dalam ucapannya ketika merasmikan persidangan itu berharap peserta akan berkongsi hasil penyelidikan mereka.

Beliau berkata peserta juga harus menggunakan persidangan ini untuk meningkatkan rangkaian penyelidikan di peringkat tempatan dan antarabangsa bagi menjadikan pengurusan dan pemuliharaan hutan tropika di rantau ini berjaya dan mampan.

“Persidangan ini menyediakan platform untuk berkongsi pengetahuan, bertukar idea dan meneroka penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi hutan tropika.

“Kehadiran dan penyertaan anda menunjukkan kepentingan hutan tropika sebagai sumber berharga untuk kelestarian,” katanya.

Sebanyak 97 peserta termasuk 10 peserta antarabangsa dari Indonesia, Thailand, Ethiopia, Bangladesh dan Jepun mengambil bahagian dalam persidangan dua hari itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan