Search
Close this search box.
Penganjuran Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat negeri adalah penting bagi Majlis Islam Sarawak untuk mencari dan mengetengahkan bakat-bakat berkualiti dalam bidang seni bacaan Al-Quran secara bertarannum khususnya dari Sarawak. Foto Awang Azmil (TVS)

45 qari dan qariah sertai tilawah dan menghafaz Al-Quran mulai malam ini di Limbang

ByHafeezzur Muzamir

LIMBANG, 6 Mac: Seramai 45 peserta dari seluruh pelosok Sarawak mengambil bahagian dalam pertandingan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak Kali Ke-63 tahun yang diadakan di Dewan Suarah Limbang mulai malam ini hingga 9 Mac ini.

Johan qari dan qariah bakal menerima hadiah wang tunai RM10,000, pakej umrah, piala pusingan dan iringan serta sijil manakala bagi johan Hafazan Al-Quran kategori satu hingga 30 juzuk akan membawa pulang RM5,000.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha berkata, penganjuran majlis itu penting bagi MIS untuk mencari dan mengetengahkan bakat-bakat berkualiti dalam bidang seni bacaan Al-Quran secara bertarannum khususnya dari Sarawak.

“Penganjuran majlis ini telah direalisasikan melalui pelbagai peringkat dimulai di peringkat daerah, bahagian serta disusuli di peringkat negeri, kemudiannya peringkat kebangsaan, dan akhir sekali di peringkat antarabangsa.

“Oleh yang demikian, majlis sebegini sangat penting bagi MIS untuk mencari dan mengetengahkan bakat-bakat berkualiti dalam bidang seni bacaan Al-Quran secara bertarannum dari Sarawak,” katanya ketika berucap di majlis itu.

Hadir menyempurnakan majlis perasmian itu ialah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan