Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Foto Salasiah Safian (TVS)

Tanah seluas 300 ekar di kawasan Sungai Plan dibangunkan sebagai kawasan perumahan – Abang Johari

BySalasiah Safian

BINTULU, 5 Mac: Tanah seluas 300 ekar di kawasan Sungai Plan di Tanjung Kidurong akan dibangunkan sebagai kawasan perumahan, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, selain untuk menempatkan para pekerja di kawasan perindustrian Kidurong termasuk Samalaju dalam pelbagai sektor kerja, perumahan mesra rakyat itu turut dibuka untuk penduduk tempatan membeli rumah yang lengkap dengan pelbagai infrastuktur termasuk tempat pengurusan sisa yang lebih teratur.

Tanah bangun perumahan Sungai Plan dikenal pasti | TVS

Menurutnya, projek perumahan itu akan dimajukan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) sebagai pelaksana utama.

“Saya hendak kongsi pagi tadi saya telah bersetuju dengan pihak BDA, kita telah kenal pasti 300 ekar di kawasan Sungai Plan untuk kita membangunkan perumahan dan juga perumahan yang boleh dibeli oleh penduduk tempatan dan juga sebahagian kawasan untuk perumahan para pekerja.

“Kita memerlukan Pelan Induk untuk perancangan ini, kita banyak model seperti yang ada di Singapura,” katanya ketika berucap pada Majlis Pertukaran Perjanjian Persefahaman di antara Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dan BDA untuk Program Memulihara Sungai Plan di sini, hari ini.

Katanya, pada masa sama ia membantu mengurangkan kadar rumah setinggan di kawasan itu dengan persekitaran yang lebih tersusun dan teratur, malah memastikan kebersihan alam sekitar lebih terjaga.

“Langkah ini juga membolehkan pekerja dan masyarakat setempat memiliki kediaman yang sesuai dan selesa. Warga tempatan juga boleh membelinya dengan kemudahan yang ada. Selain itu, pengurusan sisa akan menjadi lebih teratur dan sistematik,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan syarikat yang berminat untuk menjalinkan kerjasama dalam membangunkan perumahan untuk pekerja di kawasan tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan