Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika menghadiri Majlis Makan Malam Apresiasi MINTRED 2024 malam tadi. Foto TVS

Sarawak catat jumlah pelaburan RM21.4 bilion tahun lalu

ByRegina Lee

KUCHING, 5 Mac: Sarawak kekal sebagai destinasi pilihan pelaburan dengan merekodkan jumlah pelaburan RM21.4 bilion pada tahun 2023, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurutnya, perkara itu turut terbukti melalui inisiatif Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang membangunkan dasar Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 serta memperkenalkan ekonomi hijau seperti hidrogen dan perdagangan karbon.

Sarawak catat jumlah pelaburan RM21.4 bilion pada 2023 | TVS

“Pada 2023, Sarawak telah merekodkan jumlah pelaburan sebanyak RM21.4 bilion. Sektor pembuatan menyumbang 62 peratus kepada jumlah pelaburan, diikuti oleh sektor utama dan sektor perkhidmatan.

“Pencapaian ini menunjukkan Sarawak masih menjadi destinasi pelaburan pilihan,” katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Apresiasi Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Perindustrian dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) 2024 di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Menteri MINTRED berkata, kementeriannya telah melaksanakan banyak program untuk menyokong agenda sosio-pembangunan di negeri ini.

Ujarnya, segala program yang dilaksanakan oleh MINTRED harus memberi impak untuk mencapai matlamat PCDS 2030.

“Kita mesti terus bekerja secara strategik dengan pihak berkepentingan dan rakan kongsi untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi ke Sarawak. Sebagai penjawat awam, kita mesti mengikuti perkembangan dan trend global terkini, seperti teknologi baharu, pendigitalan dan penyelesaian inovatif lain.

“Oleh itu, saya menggesa anda semua untuk terus mencari pengetahuan dan kemahiran baharu, terutamanya perkara-perkara yang berkaitan dengan kementerian kita,” tambahnya.

Hadir sama Timbalan Menteri MINTRED, Datuk Dr Malcom Mussen Lamoh, Pemangku Setiausaha Tetap MINTRED Dzulkornain Masron dan Penasihat PKS MINTRED, Datuk Mohd Naroden Majais. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan