Search
Close this search box.
Ramalan ribut petir Foto: MetMalaysia

Ribut petir di Sarawak hingga malam nanti

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 5 MAC: Ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri ini hingga malam nanti.

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang dikemas kini jam 6 pagi tadi melaporkan kawasan terlibat adalah Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat) dan Bintulu (Bintulu).

Menurut laman sesawang MetMalaysia berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku sepanjang minggu ini di Sarawak. 

Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang di kawasan tersebut terutama pada sebelah petang dan boleh berlarutan hingga ke awal pagi.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan