Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Vanu Gopala Menon di Astana, Kuching, hari ini. Foto TVS

Potensi tenaga baharu kukuhkan hubungan Singapura dan Sarawak

KUCHING, 4 Mac: Hubungan Singapura dan Sarawak akan diperkukuhkan lagi dengan potensi tenaga baharu yang ada di negeri ini.

Ini dinyatakan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerusi kunjungan hormat di Astana di sini, hari ini.

“Hubungan Singapura-Sarawak telah berlangsung dalam satu jangka masa yang agak lama. Jadi kami ingin mengukuhkan hubungan tersebut dengan meneroka potensi tenaga baharu di Sarawak.

“Selain itu, kunjungan hormat kali ini juga kami bercadang untuk menubuhkan Pejabat Konsulat Jeneral Singapura di Sarawak. Jadi kami perlukan khidmat nasihat dari pemimpin-pemimpin atasan di Sarawak,” ujarnya.

Vanu berkata, kunjungan tersebut merupakan sebahagian dari jadual dalam lawatan rasmi beliau ke Sarawak dalam mengukuhkan hubungan perdagangan dengan kerajaan Sarawak.

Dalam pada itu, Wan Junaidi turut menerima kunjungan hormat daripada rombongan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sarawak yang diketuai oleh pengerusinya, Datu Sabariah Putit.

Sabariah berkata kunjungan hormat bertujuan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan daripada Wan Junaidi dalam mentransformasi perkhidmatan awam ke arah meningkatkan mutu serta kecekapan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sarawak.

“Kita pagi ini amat bertuah kerana diberi ruang dan masa yang panjang untuk mendengar pengalaman-pengalaman beliau (Tun),” katanya.

Yang di-Pertua Negeri juga menerima kunjungan hormat daripada Ketua Sekretariat, Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia, Profesor Datuk Dr Denison Jayasooria. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan