Search
Close this search box.
The United States, Israel’s key ally, opposes Palestine’s application to be recognized as a full member state on the United Nations, phrasing that it is not the route that Palestinian should embark. Photo AFP

Parlimen: Malaysia terus gesa tindakan tegas terhadap Israel

ByConnie Grace

KUALA LUMPUR, 4 Mac: Malaysia akan terus bersuara supaya tindakan tegas di peringkat antarabangsa dapat diambil terhadap Israel yang berterusan bertindak zalim terhadap rakyat Palestin, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, ini termasuklah cadangan menggantung keahlian Israel daripada mana-mana pertubuhan antarabangsa yang dianggotainya.

Jelas beliau, tindakan itu merupakan antara yang akan disuarakan oleh Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan ASEAN.

“Kita juga akan terus mengambil bahagian seperti yang difailkan oleh Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

“Malaysia akan beri pandangan supaya ICJ juga ambil tindakan tegas terhadap Israel yang tidak berperikemanusiaan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (Pakatan Harapan -Ledang) yang ingin tahu sama ada Malaysia akan menyokong usaha menggantung keahlian Israel daripada pertubuhan antarabangsa.

Sementara itu Mohamad turut memaklumkan misi kemanusiaan akan digerakkan ke Gaza menerusi Ops Ihsan berdasarkan cadangan Pelan Atur Tindak oleh Sekretariat Induk Ops Ihsan.

Jelas beliau Malaysia juga akan terus menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin melalui sumbangan daripada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) kepada agensi kemanusiaan yang terlibat.

“Saya juga akan berlepas ke Jeddah pada petang ini mewakili Menteri Luar Negeri untuk menghadiri Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri OIC bagi membincangkan pelaksanaan perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama semasa Sidang Kemuncak Tergempar Bersama Arab dan OIC pada November 2023,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan