Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan menerusi inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), sebanyak lapan daripada 13 menara baharu telah siap dibina dan beroperasi di Tanjong Manis setakat ini. Foto hiasan, Envato.

Parlimen: Liputan internet Tanjong Manis capai 89 peratus

ByRadzi Ahmad

KUALA LUMPUR, 4 Mac: Kadar liputan internet dan komunikasi di Tanjong Manis, Sarawak telah mencapai 89.57 peratus setakat suku keempat tahun lepas.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, menerusi inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), sebanyak lapan daripada 13 menara baharu telah siap dibina dan beroperasi di kawasan itu setakat ini.

Kata beliau, baki sebanyak empat menara masih dalam pembinaan dan satu lagi menara di peringkat pemasangan peralatan pemancar.

“Selain itu, kesemua 65 stesen pemancar sedia ada telah siap dinaik taraf dan sebanyak 1,649 daripada 3,225 premis telah dilengkapi dengan akses kepada perkhidmatan jalur lebar gentian optik berkeupayaan gigabyte,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Nie Ching menjawab soalan Yusuf Abd Wahab (Gabungan Parti Sarawak – Tanjong Manis) mengenai peratusan kawasan berpenduduk di kawasannya yang sudah menerima liputan komunikasi dan internet.

Sementara itu, Nie Ching menambah, empat lokasi di Tanjong Manis juga telah dipasang dengan capaian internet melalui teknologi Broadband Wireless Access (BWA).

“Di Tanjong Manis juga disediakan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah Point-of-Presence (PoP) had gentian optik.

“Sehingga 29 Febuari 2024, kesemua lima pop bagi fasa satu berjaya disiapkan untuk 530 premis bagi langganan komuniti setempat manakala 23 PoP bagi fasa dua masih dalam peringkat pelaksanaan,” jelasnya.

Berkenaan kemudahan itu juga, Nie Ching memaklumkan dua daripada 12 menara baharu telah siap beroperasi di Tanjong Manis di bawah inisiatif SMART 600 yang merupakan inisiatif dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan.

“Kesemua inisiatif yang dirancang dijangka siap secara berperingkat pada penghujung 2025,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan