Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan dasar satu peratus OKU bekerja dalam sektor awam belum mencapai sasaran. Foto hiasan, Envato.

Parlimen: Dasar satu peratus OKU sebagai penjawat awam belum capai sasaran

ByRadzi Ahmad

KUALA LUMPUR , 4 Mac: Penyertaan orang kurang upaya (OKU) dalam perkhidmatan awam sebanyak satu peratus bagi 2014 hingga 2023 masih belum mencapai sasaran, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Namun jelas beliau, menurut statistik pencapaian dasar berkenaan menunjukkan peningkatan iaitu 0.29 peratus pada 2017 hingga 2022 dan 0.3 peratus pada 2023.

“Antara punca yang dikenal pasti adalah peratusan permohonan pekerjaan sektor awam oleh calon OKU yang tidak mencapai satu peratus berbanding permohonan keseluruhan calon.

“Sebagai contoh, sejak 2019 hingga 2023, data Suruhan Perkhidmatan Awam (SPA) menunjukkan hanya 0.3 peratus ke 0.64 peratus sahaja jumlah permohonan calon OKU diterima,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kasim (Perikatan Nasional -Arau) yang ingin tahu statistik penjawat awam OKU bagi tempoh 10 tahun sejak pelaksanaan Dasar Orang Kurang Upaya 2008 dan cabaran-cabaran yang dihadapi mereka.

Dr Zaliha turut memaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang menjalankan kajian kepuasan bekerja dalam kalangan penjawat awam OKU.

“Hasil daripada kutipan data setakat ini mendapati antara cabaran utama adalah keupayaan dan kompetensi penjawat awam OKU dalam menyesuaikan diri di tempat mereka berkhidmat, keadaan tertekan dan aspek sokongan dan kemudahan yang diperlukan bagi penjawat OKU,” jelasnya.

Justeru, pihaknya kini giat mengkaji dan menambah baik dasar satu peratus pengisian penjawat awam OKU tersebut dari segi pelaksanaan pada masa hadapan.

“Kerajaan sentiasa komited dan responsif terhadap isu-isu semasa yang dihadapi penjawat awam OKU,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan