Search
Close this search box.
Kerajaan dicadang supaya memberi kelonggaran pengeluaran Akaun 3, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Parlimen: Beri kelonggaran keluarkan simpanan Akaun 3 KWSP

ByRadzi Ahmad

KUALA LUMPUR, 4 Mac: Kerajaan dicadang supaya memberi kelonggaran untuk pengeluaran Akaun 3, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bakal diwujudkan.

Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khairudin berkata, inisiatif berkenaan boleh dilakukan untuk membantu mereka yang terhimpit dengan masalah kewangan.

Kata beliau, pengeluaran KWSP bersasar telah dicadangkan kepada kerajaan semasa perbahasan Belanjawan 2023.

“Realitinya, saya tahu penyimpan dengan jumlah yang paling sedikit adalah orang Melayu, namun saya juga memahami terdapat implikasi terhadap pengeluaran bersasar ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Pada minggu lepas, Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, KWSP dijangka mengumumkan inisiatif ‘Akaun Fleksibel’ atau Akaun 3 pada April ini yang merangkumi mekanisme serta kelonggaran pengeluaran kepada pencarum.

Sementara itu, Khairil Nizam berkata, pengeluaran bersasar KWSP yang dicadangkan oleh beliau adalah berbentuk ‘short-term measure’ kepada mereka yang memerlukan dan bukan diberikan secara pukal.

“Syarat untuk mereka yang layak (boleh) ditetapkan oleh kerajaan dan kerajaan boleh mengawal sebarang implikasi kepada kebenaran tersebut,”katanya.

Tambah beliau, antara kumpulan sasar yang boleh diberi kebenaran tersebut termasuklah mereka yang sedang dihimpit dengan hutang yang memungkinkan diisytihar sebagai muflis.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan