Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melancarkan logo Majlis Daerah Gedong pada Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Daerah Gedong di Kuching, hari ini. Foto UKAS

Majlis Daerah Gedong komponen penting dalam pembangunan daerah

ByMadeline Dugat

KUCHING, 4 Mac: Majlis Daerah Gedong (MDG) merupakan komponen penting dalam pentadbiran dan pembangunan ke arah menjadikan Gedong sebagai daerah pintar.

Sehubungan itu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Ahli-Ahli Majlis Daerah Gedong harus mewujudkan hubungan yang baik bagi menyelesaikan masalah di peringkat kampung dan daerah.

“Daerah kita hendaklah dibangunkan mengikut era baru, bermakna menggunakan IT yang disebut sebagai daerah pintar.

“Mungkin kita ada mempunyai satu ‘group chat’ antara Ahli-Ahli Majlis. Jadi setiap maklumat boleh dikongsi.

“Jika ada parit tersumbat, masuk dalam group chat , semua orang tahu, maka kita akan dapat mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi di kampung ataupun di kawasan daerah,” katanya pada Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Gedong di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Abang Johari berkata lagi, komunikasi di peringkat akar umbi penting agar dapat menyelesaikan masalah dengan pantas yang disebut sebagai ‘smart partnership’.

Jelasnya, Ahli-Ahli Majlis perlu aktif berhubung dengan masyarakat dan memberi maklumat yang betul sebagai landasan untuk membina hubungan sosial.

“Segala maklumat dan permasalahan yang dihadapi di kawasan Gedong dibincangkan seterusnya disampaikan kepada saya selaku wakil rakyat.

“Dengan cara ini, kita dapat menyelesaikan masalah-masalah penduduk daerah dengan lebih pantas,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan