Search
Close this search box.
ADUN Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin bergambar bersama pemenang. Foto TVS

Lebih ramai sukarelawan diperlukan bantu pihak bomba

MIRI, 4 Mac: Lebih ramai sukarelawan dan sukarelawati diperlukan untuk membantu dan bekerjasama dengan pihak bomba dalam menjaga keselamatan dan mencegah kebakaran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, ini supaya nyawa dan harta benda dapat diselamatkan secepat mungkin sementara menunggu ketibaan mereka.

“Sebagai rakyat, kita mestilah bekerjasama dengan bomba. Kita perlu lebih ramai lagi sukarelawan dan sukarelawati dalam kebombaan. Kita perlu ada bomba komuniti, bagaimana kita boleh menjaga keselamatan dan mencegah kebakaran.

“Apabila kebakaran itu berlaku, bagaimana kita boleh padamkan secepat mungkin dan menyelamatkan nyawa dan harta benda,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Penutupan Latihan dan Pertandingan Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Sarawak Tahun 2024 di sini, semalam.

Beliau turut melihat pertandingan itu merupakan cara yang efektif untuk memberi latihan kepada peserta kerana mereka berpeluang memperoleh pengetahuan keselamatan dan menerapkan semangat berpasukan.

“Saya menggalakkan pertandingan sebegini dijalankan kepada para penduduk di peringkat taman perumahan, kampung atau rumah panjang,” ujarnya.

Kim Shin juga telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 pada majlis itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan