Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyampaikan cenderahati kepada Dr John Chan semasa sesi pertemuan delegasi Chemsain dan Ecosecurities di pejabatnya, Wisma Sumber Alam, Kuching, hari ini. Foto Chemsain

Kerjasama Chemsain, Ecosecurities sokong industri pasaran karbon Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 4 Mac: Kerjasama Chemsain Sustainability (Chemsain) dan Ecosecurities Group (Ecosecurities) merupakan antara penyokong bagi usaha kerajaan Sarawak membangunkan industri pasaran karbon.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kerjasama kedua-dua pihak berupaya memacu industri pasaran karbon di Sarawak khasnya dan seluruh rantau ini amnya serta membantu dalam penyelesaian penyahkarbonan.

“Kerjasama ini sudah pastinya bertujuan menyokong agenda hijau Sarawak. Pertama membangunkan portfilio projek-projek penyelesaian iklim.

“Kedua memanfaatkan pelaburan sektor swasta melalui Perkongsian Awam-Swasta dan ketiga menyokong pembangunan dasar Sarawak dan ketetapan kawal selia yang memudakah pelaburan juga pautan ke Perkara 6 Perjanjian UNFCCC Paris,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan dikeluarkan Chemsain susulan pertemuan delegasi Chemsain dan Ecosecurities dengan Awang Tengah di pejabatnya di sini, hari ini.

“Saya memuji dan mengucapkan tahniah kepada Chemsain atas usaha yang telah mereka lakukan sejak 40 tahun lalu. Mereka telah memainkan peranan penting untuk pembangunan Sarawak dan perkongsian dengan Ecosecurities ini adalah yang tepat.

“Untuk Sarawak maju, kita semua mesti bersama-sama sektor swasta dan awam,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Pengerusi Eksekutif Chemsain Dr John Chan berkata pihaknya berbesar hati memulakan kerjasama dengan Ecosecurities.

“Kerjasama ini menekankan komitmen kami untuk menyokong rantau ini beralih ke arah penyelesaian penyahkarbonan dan mewujudkan peluang baharu dalam sektor pasaran karbon,” jelasnya.

Syarikat dari Sarawak itu akan bekerjasama dengan firma pembangunan dan pembiayaan projek karbon global.

Chemsain, sebuah syarikat yang berpengalaman dan bereputasi tinggi dalam perniagaan melibatkan bidang alam sekitar, kejuruteraan, pemantauan, perkhidmatan makmal dan infrastruktur air serta mempunyai pengalaman kerja di seluruh rantau Asia Tenggara.

Pada  2022, syarikat itu beralih kepada kemampanan untuk memenuhi permintaan pasaran dan landskap, memperoleh pelbagai projek sektor kerajaan dan swasta di Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Sementara itu Ecosecurities ialah pemaju projek karbon global yang terkemuka dengan pengalaman lebih dua dekad dalam pasaran karbon antarabangsa, membangunkan projek pengurangan pelepasan, penyelesaian berasaskan alam semula jadi dan mengguna pakai teknologi penyahkarbonan di seluruh dunia.

Syarikat ini menawarkan perkhidmatan teknikal dan kewangan kepada organisasi serta kerajaan, menyediakan penyelesaian inovatif dalam mendapatkan sumber, membangun dan membiayai projek mitigasi iklim yang sejajar dengan sasaran Perjanjian Paris pada masa sama menyokong dasar iklim khusus negara.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan