Search
Close this search box.
Jaguh boling negara Muhammad Rafiq Ismail bertekad mahu ‘menggegarkan’ Kejohanan Tenpin Boling Asia ke-27 di Bangkok, Thailand, September ini. Foto Rafiq Ismail (FB)

Boling: Kejohanan Asia ‘KPI’ utama Muhammad Rafiq

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Mac: Jaguh boling negara Muhammad Rafiq Ismail bertekad mahu ‘menggegarkan’ Kejohanan Tenpin Boling Asia ke-27 di Bangkok, Thailand, September ini.

Bukan sahaja acara individu lelaki, malah atlet berusia 26 tahun itu berharap dapat mengekalkan gelaran acara berpasukan yang dimenanginya bersama Syafiq Ridhwan, Mohd Syazirol Shamsudin, Tun Hakim Tun Hasnul Azam, Timmy Tan dan Ahmad Muaz Fishol, pada edisi lepas di Hong Kong.

“Kejohanan Asia di Thailand merupakan KPI (indeks prestasi utama) saya tahun ini. Secara peribadinya, tentunya saya sasarkan untuk acara individu namun paling bermakna untuk saya ialah kejayaan acara berpasukan.

“Kalau main acara berpasukan, semua dapat merasa dan menang sama-sama. lebih baik gembira dengan kawan lain daripada hanya gembira berseorangan,” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Atlet Program Podium Fasa 1 di sini, hari ini.

Pemain boling nombor satu di Asia itu, bagaimanapun enggan memandang rendah kemampuan negara lain seperti Korea Selatan, Singapura dan Filipina, pada kejohanan tersebut.

“Filipina ada pemain boling baharu dan lama yang bagus. Kami juga tidak boleh memandang rendah negara lain, kadang-kadang kalau kita rasa negara itu tidak baik, namun pada hari pertandingan mereka beraksi baik,” tambahnya.

Muhammad Rafiq berkata, beliau juga perlu mengharungi sekurang-kurangnya lima lagi kejohanan tahun ini, bagi mengukuhkan kedudukannya untuk tersenarai ke dalam skuad kebangsaan pada saingan Asia itu.

Selain acara berpasukan, atlet dari Selangor itu merangkul emas dalam tiga acara lagi di Hong Kong iaitu Masters, All Events serta trio bergandingan dengan Timmy dan Ahmad Muaz.

Berdasarkan ranking Persekutuan Boling Asia, Muhammad Rafiq kini memegang status sebagai pemain nombor satu di Asia buat tahun ketiga berturut-turut sejak 2021, dengan mengumpul 442 mata. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan