Search
Close this search box.
Program Sembang Kopi Media AZAM Sarawak 2024: Memeriahkan Kewartawanan Sarawak: Merapatkan Perspektif, Memperkukuh Komuniti di sini, hari ini. Foto Zaim Zhafran (TVS)

AZAM Sarawak komited bantu pengamal media dalam penyampaian berita

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 4 Mac: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) komited dalam memberikan komitmen membantu pengamal media di negeri ini dalam penyampaian berita di media sosial dengan cabaran utama yang dihadapi mereka ialah penyebaran maklumat tidak sahih daripada wartawan warga yang lebih pantas di platform itu.

Timbalan Pengerusinya, Dato Norhyati Mohd Ismail berkata, media sosial kekal sebagai sumber berita yang boleh dipercayai, namun begitu berdepan cabaran penyebaran berita palsu.

“Menurut statistik SKMM, terdapat 3,111 aduan berita palsu pada 2020, oleh itu kami menekankan kepentingan kewartawanan beretika dalam memerangi maklumat tidak sahih.

“Lanskap kompetitif dan gangguan digital telah memaksa organisasi media untuk menyesuaikan diri, dengan platform media dalam talian dan sosial menjadi penting untuk menjangkau khalayak, khususnya milenium.

“Kami melihat bahawa hampir semua media dalam industri menggunakan platform ini secara agresif. Mereka yang gagal berbuat demikian berisiko ketinggalan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komunikasi AZAM Sarawak, Ali Suhaili pada program Sembang Kopi Media AZAM Sarawak 2024: Memeriahkan Kewartawanan Sarawak: Merapatkan Perspektif, Memperkukuh Komuniti di sini, hari ini.

Antara panel yang mengambil bahagian ialah Rudi Affendi Khalik, Nancy Nais Hsiao Phing, Firdaus Arasy Idris, Noratikah Mohamad Ashari, dan Sarah Hafizah.

Sepanjang acara itu, mereka membincangkan pelbagai perkara penting, seperti evolusi kewartawanan dan kesan media sosial dan kecerdasan buatan (AI) kepada industri media.

Norhyati menyuarakan harapan agar sembang kopi itu dapat memupuk kerjasama dan memudahkan perkongsian pengalaman dalam kalangan wartawan, khususnya mengenai amalan berita yang semakin berkembang.

“Kami yakin melalui komunikasi terbuka, kerjasama dan komitmen bersama, kita dapat memperkukuh agenda kerajaan dan suara masyarakat yang pelbagai,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan