Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama 31 Ahli-Ahli Majlis Daerah Gedong selepas Majlis Angkat Sumpah di Kuching, hari ini. Foto UKAS

31 Ahli Majlis Daerah Gedong angkat sumpah

ByMadeline Dugat

KUCHING, 4 Mac: Seramai 31 Ahli-Ahli Majlis Daerah Gedong hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalannya, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Mereka merupakan Ahli-Ahli Majlis yang pertama bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) itu selepas penubuhannya diumumkan Abang Johari pada tahun lepas.

Tamida Da’adi mengetuai Ahli-Ahli Majlis Daerah Gedong mengangkat sumpah jawatan di hadapan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto UKAS

Majlis Daerah Gedong menerusi kenyataan berkata Ahli-Ahli Majlis Daerah Gedong terdiri daripada Pengerusi Majlis yang merupakan seorang Pegawai Daerah Gedong dan 30 Ahli Majlis yang lain.

Pelantikan ini adalah berkuatkuasa mulai dari 1 Januari 2024 hingga 31 Mac 2025.

“Sejajar dengan Gedong telahpun dijadikan sebagai sebuah daerah penuh, maka ada keperluan bagi Daerah Gedong mempunyai Majlis Daerahnya sendiri. Ini adalah kerana Daerah Gedong sebelum ini adalah berada di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Simunjan.

“Kewujudan Gedong mempunyai Majlis Daerahnya sendiri akan memperkasakan perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembangunan di kawasan Gedong keseluruhannya,” kata kenyataan itu.

Melalui kewujudan Majlis Daerah Gedong ini, maka pemimpin-pemimpin tempatan yang dilantik sebagai kaunselor atau Ahli Majlis memainkan peranan penting untuk membantu mempergiatkan lagi pembangunan di samping memberi perkhidmatan berkualiti kepada rakyat di kawasan Gedong.

Mengenai logo, kenyataan itu menjelaskan ia memberi gambaran akan hasrat komuniti di Gedong yang telah lama menanti akan pembangunan di kawasan daerah Gedong.

Untuk merealisasikan pembangunan Gedong maka Majlis daerah diperlukan untuk membantu Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan serta sektor swasta di dalam membangunkan kawasan Gedong.

Berikut merupakan senarai Ahli-Ahli Majlis Daerah Gedong

  1. Tamida Da’adi (Pengerusi MD Gedong)
  2. Japar Mustapha (Timbalan Pengerusi MD Gedong)
  3. Razak @ Abdul Razak Saleh
  4. Maharthir Oyak
  5. Ahmad Farid Sudin
  6. Hasanah Majais
  7. Hasanah Sitam
  8. Razali @ Abang Mohamad Bujang
  9. Merikan Bakut
  10. Suhai Masri
  11. Abg Josmani Abg Jemali
  12. Mohamad Ismail Marchundi
  13. Shahrul Iman Mohd Naroden
  14. Hussein Mud
  15. Awg Abdul Rahman Awg Hamid
  16. Muhamad Jaafar Bujang
  17. Sherillyn Lepan Tensu
  18. Junatan Muyan
  19. Achai Asong
  20. Jamaluddin Ismail
  21. Celestine Jugah Pilok
  22. Bran Medan
  23. Muhammad Middley Abdullah
  24. Rosmi Beji
  25. Sami Baji
  26. Mohd. Izzuddin Abdullah
  27. Monica Mone Lubong
  28. Maliah Daud
  29. Nur Ashikin Abdullah
  30. Kelanang Laman
  31. Azlan Mantaril

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan