Search
Close this search box.
Kebakaran yang memusnahkan sebuah bengkel di Jalan Datuk Bandar Mustapha, Kuching, awal pagi tadii. Foto TVS.

Dua warga emas rentung dalam kebakaran bengkel di Kuching

ByRegina Lee

KUCHING, 2 Mac: Dua warga emas ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel di Batu 4 1/2, Jalan Datuk Bandar Mustapha di sini, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Datu Khiruddin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 4.01 pagi sejurus itu menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian.

Dalam kejadian itu kira-kira 4.22 pagi itu, mangsa rentung ialah Chin Ah Jon dan dan Lim Gek Hue, merupakan sepasang suami isteri yang mendiami sebuah rumah di kawasan terbabit.

“Kebakaran melibatkan sebuah garaj dan dua mangsa terperangkap telah ditemukan rentung, masing-masing berumur 70 tahun dan 60 tahun.

“Enam buah kereta turut terbakar dan pihak bomba telah melakukan siasatan,” katanya dalam satu hantaran siaran langsung Sarawak Edition di tempat kejadian.

Ujarnya, pihak bomba bertindak memadam kebakaran dengan membentang tiga aliran 100 kaki, tiga nozel, satu aliran salur bantu mula, sumber air terbuka dari longkang berhampiran. Pemadaman dibuat secara ‘defensive’ memandangkan aliran arus elektrik masih belum dipotong.

“Operasi pemadaman kebakaran berjaya dikawal pada 5.23 pagi dan tindakan mencari mangsa yang disyaki terperangkap telah dilakukan.

“Hasil siasatan menemukan seorang mangsa dijumpai di ruang tamu manakala seorang lagi mangsa telah dijumpai di bilik tidur,” tambahnya.

Beliau berkata pihak bomba akan menggunakan khidmat anjing K9 dalam penyiasatan sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan