Search
Close this search box.
Dato Mancha Ata menyampaikan cenderahati pada kunjungan hormat pertamanya ke atas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak. Foto Faitullah Morni (TVS).

TYT Sarawak pandang serius isu jenayah di negeri ini

ByRegina Lee

KUCHING, 1 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memandang serius serta memberi perhatian terhadapĀ kegiatan jenayah yang berlaku di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata perkara itu ditegaskan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi ketika beliau mengadakan kunjungan hormat di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

ā€œTun Pehin Sri Dr Wan Junaidi ambil perhatian yang serius berkaitan dengan kegiatan jenayah yang berlaku di Sarawak seperti aktiviti dadah dan judi dalam talian.

ā€œJusteru itu, saya telah meyakinkan beliau bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak akan sentiasa menjalani operasi banteras jenayah dari semasa ke semasa,ā€ katanya.

Mengulas lanjut Mancha berkata, PDRM akan melakukan operasi berterusan bagi membendung kegiatan berkenaan serta meningkatkan tahap keselamatan di sempadan Sarawak.

ā€œKita akan buat operasi dan pemantauan secara berterusan, selain tingkatkan kawalan di sepanjang sempadan Sarawak bagi mencegah berlakunya aktiviti haram,ā€ tambahnya.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Ibrahim Darus,Ā Ketua Cawangan Khas Mohd Taufik Toh Abdullah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Wong Ing Fung. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan