Search
Close this search box.
Pengerusi SEDC, Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Dato Husain bercakap kepada pemberita hari ini Foto Faitullah Morni (TVS)

SEDC bangunkan dua ekar tapak sementara semai alga di Bintulu

ByRegina Lee

KUCHING, 1 Mac: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) telah membangunkan tapak semaian alga sementara dengan keluasan dua ekar di Bintulu sebagai inisiatif peringkat awal projek itu.

Pengerusi SEDC, Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Dato Husain berkata, tapak sementara itu turut mempunyai loji pemprosesan bagi bahan api bio.

“Projek ini masih di peringkat awal dan itu pun masih lagi dijalankan di tapak sementara.

“Kita telah membangunkan tapak semaian alga serta loji pemprosesan untuk memproses bahan api bio, jadi hasilnya nanti akan dapat dilihat menjelang pertengahan tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke pada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai penghasilan bahan api bio tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif SEDC Energy Robert Hardin berkata ia adalah untuk tujuan penyelidikan potensi klien.

“Pada masa sekarang, fasiliti yang kita ada boleh menghasilkan 50 liter minyak alga sehari untuk tujuan penyelidikan potensi klien kita, bukan untuk kegunaan komersial lagi,” katanya.

Untuk rekod, fasa pertama tapak semaian alga Bintulu akan melibatkan kawasan seluas 1,000 ekar dan lebih 2,000 tangki semaian dengan sasaran penghasilan 10 ke 40 tan alga sebulan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan