Search
Close this search box.
Dato Mancha Ata semasa menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Penguatkuasaan Atipsom (KBSJD) Zon Sabah Dan Sarawak Tahun 2024 di Kuching, hari ini. Foto TVS

Kursus Penguatkuasaan Atipsom sejajar usaha perangi jenayah pemerdagangan manusia

KUCHING, 1 Mac: Kursus Penguatkuasaan Akta AntiPemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) zon Sabah dan Sarawak dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan serta memantapkan kualiti para peserta.

Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sarawak Dato Mancha Ata berkata, kursus ini sangat penting dalam membantu usaha memerangi jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di dalam negara.

Jelasnya objektif kursus tertumpu dalam memperkasakan Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah sebagai mekanisme kawalan dalaman terbaik bagi mengendalikan siasatan kes-kes atipsom yang berlaku selain membantu meningkatkan kadar pertuduhan kepada pesalah.

“Penganjuran tahun ini adalah sebagai pemangkin kepada pembangunan bagi memantapkan kualiti para peserta.

“Objektifnya adalah memperkasakan Bahagian jabatan siasatan jenayah sebagai mekanisme kawalan dalaman terbaik dalam siastaan kes-kes Atipsom dan seterusnya membantu meningkatkan kadar pertuduhan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Kursus Penguatkuasaan Atipsom (KBSJD) Zon Sabah Dan Sarawak Tahun 2024 di sini, hari ini.

Tambahnya, kerjasama dan hubungan antara semua pihak yang terlibat dalam kursus ini dapat terus dipelihara agar setiap tugasan yang dijalankan mampu dilaksanakan dengaj lebih efisien dan mencapai kualiti yang ditetapkan.

Ujarnya lagi semua pegawai diharap dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh ikhlas serta memastikan tiada unsur-unsur penyelewengan pelaksanaan undang-undang berkaitan kes-kes Atipsom.

Kursus tersebut telah dijalankan selama enam hari bermula pada 25 Februari sehingga 1 Mac 2024.

Seramai 48 orang peserta keseluruhan melibatkan pegawai kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Zon Sabah iaitu sebanyak 20 orang manakala 28 peserta lagi daripada Zon Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan