Search
Close this search box.
Setiausaha-setiausaha Politik kepada Premier Sarawak turut membuat laporan polis terhadap Bozz Jebat di Kuching, semalam. Foto TVS

Bozz Jebat mohon maaf kepada Premier Sarawak

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 1 Mac: Bozz Jebat membuat permohonan maaf menerusi laman sosialnya susulan rakaman video yang menghina Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau mengakui kata-kata kesat yang ditujukannya kepada Abang Johari baru-baru ini agak keterlaluan.

“Maka dengan ini saya memohon maaf ke atas YAB Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg.

“Saya sekali lagi nyata kesal dan memohon maaf atas apa yang terjadi,” katanya menerusi Facebooknya.

Video tersebut tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp sejak Rabu lalu.

Bozz Jebat mempertikai keputusan Abang Johari mempersetujui pelantikan Datuk Seri Tiong King Sing sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dalam barisan kabinet Persekutuan.

Menurut polis Sarawak, setakat 6.25 petang hari ini, sebanyak 45 laporan polis telah diterima di seluruh negeri.

Kes dirujuk di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan