Search
Close this search box.
Seorang anggota bomba membawa seorang yang cedera semasa operasi menyelamat susulan kebakaran di sebuah bangunan komersial yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang di Dhaka. Foto AFP

43 maut dalam kebakaran bangunan di Dhaka, Bangladesh

ByBernama

DHAKA, 1 Mac: Sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh dalam kebakaran bangunan tujuh tingkat di sini pada Khamis malam, lapor Xinhua.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga Bangladesh Samanta Lal Sen pada awal Jumaat mengesahkan angka kematian itu.

Menteri itu berkata seramai 33 mayat dibawa ke Hospital Kolej Perubatan Dhaka dan 10 yang lain ke Sheikh Hasina National Institute of Burn and Plastic Surgery di Dhaka.

Seorang inspektor di ibu pejabat Perkhidmatan Bomba dan Pertahanan Awam di Dhaka, Anwarul Islam berkata kira-kira 75 orang, termasuk 42 yang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri telah diselamatkan dari “Green Cozy Cottage Shopping Mall” dan dikejarkan ke beberapa hospital.

Islam berkata sekurang-kurangnya 12 unit bomba dikerah ke lokasi selepas menerima maklumat kejadian kira-kira 9.30 malam waktu tempatan.

Pegawai itu berkata bangunan berkenaan menempatkan sebuah restoran, sebuah kedai runcit dan beberapa kedai lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan