Search
Close this search box.
Tangkap layar video tular pagar dicuri suspek. Foto: Media sosial

Tular video pagar rumah di Sealine Miri dicuri, polis terima laporan

MIRI, 29 Feb: Polis menerima laporan berhubung kejadian salah satu pagar rumah di kawasan perumahan Sealine 1 di sini dicuri seperti video yang tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu mengesahkan kejadian selepas laporan dibuat oleh seorang kontraktor perumahan pada jam 11:48 pagi tadi.

“Rakaman CCTV yang diperolehi semasa siasatan di tempat kejadian menunjukkan terdapat dua orang lelaki telah mengangkat pagar rumah tersebut dan meletakkannya di atas bumbung kereta disyaki Perodua Myvi berwarna perak.

“Ekoran daripada kejadian tersebut, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) Miri telah membuka kes siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi sebuah kenyataan media pada Khamis.

Beliau berkata Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Miri melancarkan OP Kesan bagi mengesan suspek-suspek yang terlibat dalam kejadian ini.

Alexson dalam pada itu turut menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes tersebut kerana akan mengganggu siasatan.

Individu yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan insiden ini diminta untuk tampil ke Balai Polis yang berdekatan untuk membantu siasatan atau menghubungi Inspektor Norashikin Adin di talian 085-433222 untuk menyalurkan maklumat berkaitan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan