Search
Close this search box.
Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi merakam kenangan bersama Yang di-Pertua Persatuan Pandu Puteri Cawangan Sarawak, Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud sejurus mempersembahkan selempang penaung PPCS di Astana Negeri Sarawak. Foto TVS.

Toh Puan Fauziah Sanusi, Penaung Persatuan Pandu Puteri Cawangan Sarawak

KUCHING, 29 Feb: Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dilantik sebagai Penaung Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Sarawak, berkuatkuasa pada 26 Januari 2024.

Yang di-Pertua PPM Cawangan Sarawak, Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud berkata, pelantikan tersebut termaktub dalam perlembagaan Persekutuan Pandu Puteri iaitu Penaung bagi Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sarawak ini merupakan isteri kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

“Jadi, Alhamdulillah, Toh Puan berbesar hati untuk menerima perlantikan ini dan kami juga terus menjemput Toh Puan untuk menyertai Larian Girl Guide Run yang akan diadakan pada 3 Mac ini di perkarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat Persatuan Pandu Puteri di Dewan Mengadap Utama, Astana Negeri Sarawak, pada Khamis.

Dalam pda itu, Dayang Morliah memberitahu GIRL GUIDES RUN 2024 bakal disertai kira-kira 1,ooo peserta Ahli Pandu Puteri, Kakitangan Pejabat Awam, swasta dan orang awam.

“Objektif larian tersebut adalah untuk mengumpul dana bagi membiayai aktiviti-aktiviti persatuan Pandu Puteri Sarawak seperti pembiayaan, latihan, perkhemahan, membeli pelbagai peralatan untuk kegunaan ahli-ahli dan pengurusan pejabat serta baik pulih bangunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sarawak,” ujarnya.

Selain itu, beliau mendedahkan PPM Cawangan Sarawak bakal menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Agung Tahunan Pandu Puteri pada 27 hingga 30 Jun 2024 di Hotel Riverside Majestic Kuching.

Dayang Morliah berkata Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah dijangka berkenan berangkat menghadiri Majlis Mesyuarat Agung Tahunan peringkat Nasional itu.

Turut hadir Timbalan Yang di-Pertua, Annie Sim, Ketua Pesuruhjaya Cawangan, Ruth Sibat serta ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Cawangan Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan