Search
Close this search box.
Waris dan Sahabat semasa membuat laporan polis di Balai Polis Gita, Kuching malam tadi. Foto Persatuan Warisan Anak Sarawak (FB)

Tiga laporan polis dibuat berhubung video tular hina Premier Sarawak

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 29 Feb: Sebanyak tiga laporan polis dibuat berhubung suntingan sebuah video yang tular di aplikasi WhatsApp yang menghina Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut sumber terdekat TVS, dua laporan diterima di Balai Polis Santubong manakala satu di Balai Polis Gita.

Video tersebut tular sejak petang semalam, yang memaparkan bekas Ahli UMNO Zool Amali Hussin atau lebih dikenali sebagai Bozz Jebat melemparkan kata-kata kesat menghina Abang Johari.

Tindakan Bozz Jebat itu mendapat kecaman hebat netizen dan sumber terbabit berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Sehubungan itu, Persatuan Warisan Anak Sarawak (WARIS) dan Persatuan Kebajikan Sahabat Pembina Insan Sarawak (Sahabat) telah membuat laporan polis di Balai Polis Gita, semalam.

Menerusi laporan sebuah portal berita, Pengerusi WARIS, Alizan Mohammed dan Timbalan Pengerusi II SAHABAT, Mohamad Redzuan Latip Usop mengetuai dua pertubuhan berkenaan.

Alizan mengecam tindakan ‘Bozz Jebat’ itu dan mengharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

“Kami tidak berpuas hati dan membuat laporan agar tindakan diambil,” katanya dipetik menerusi laporan Sarawak News.

Berdasarkan laporan yang dibuat kes tersebut dirujuk di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan